THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Ahad, 14 Februari 2010

Karnival Motor





Salam semua.... ape khabar bro?
Masa malam cuti Xmas hari tu
, boring dok umah.. babah ajak kuar pusing-pusing. Nak gi mane ekkk???? Mama cakap gi lah mane2 pun.. Babah pun start engine keta buruk dia tu dan kami keluar menghala ke Pusat Bandaraya Johor Bahru. Sampai kat Dataran tengok orang ramai , rupanya ada karnival motor besar kat situ.
Macam2 motor ada, dari sekecil-kecil motor hingga sebesar-besar motor. Apalagi aku posinglah nagan niel. Gayat jugak aku naik motor besar yang kaler oren tu..
Ok bro.. ambe mengundur diri dulu.. Wassalam.............................

Jalan-Jalan ke Nusajaya

Salam tahun baru .... Lama aku x update blog aku ni.. x tahu lah sebab ape? Kini aku kembali dengan satu semangat yang baru bersempena dengan Tahun Harimau ni... Gong Xi Fa Cai kepada semua member yang berbangsa Tionghua.

Gambar baru aku ni, masa pergi jalan-jalan kat Nusajaya Johor masa Disember hari tu dengan Mama, Babah,Cik Sham,Cikgu Su ,Niel & Nek Mun ( Nenek kawan aku Fikri dan Adam yg dok belakang umah aku tu). Pegi naik keta baru Cik Sham.. oklah nanti sambung lagi... Wassalam................

Jumaat, 11 September 2009

salam Ramadan Al-Mubarak





ASSALAMUALAIKUM SEMUA...... LAMA AKU TAK UPDATE BLOG AKU . TAPI AKU RASA TAK TERLAMBAT NAK UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK WALAUPUN IA BERBAKI BEBERAPA HARI LAGI UNTUK KITA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.AKU HARAP KORANG SEMUA SABAR MENEMPUH DUGAAN YANG DATANG. KEPADA YANG INGIN MENCARI PAHALA SERIBU BULAN RAJIN-RAJINLAH BERTERAWIH, BUAT QIAIMULAI,BERTADARUS DAN SEBAGAINYA DISEPULUH MALAM TERAKHIR INI. AKU HARAP KORANG SEMUA MENDAPATKANNYA DITAHUN INI. INGAT!!!!!!! TAHUN DEPAN BELUM TENTU KITA BOLEH DAPATKANNYA, OLEH ITU BERUSAHA LAH!!!!!!

P/S: UTK UNCLE AKU UNCLE DIN N UNCLE PI JANGAN TINGGAL POSE TAU .


Rabu, 12 Ogos 2009

Kebesaran Illahi Dalam Ilmu Perubatan

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" . Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! Jika tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."
PETUA IMAM SYAFIE 4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
Maaf!!! kalau thread ini sudah pernah di post....hanya untuk berkongsi maklumat!:

Selasa, 11 Ogos 2009

Doa hindar H1N1

Doa dibaca sebagai ikhtiar dan usaha kita... kalau terkena juga itu kuasa Allah SWT .

Jumaat, 7 Ogos 2009

Auntie aku - Adik-adik mama yang cun


Auntie Tinie, Auntie Yatie, Auntie Zurah dan Auntie Idah itulah namanya.
Mereka semua adalah antara tergolong dalam senarai auntie yang terbaik di alam semesta. Antara 4 adik2 mama ni 3 masih lagi belum berpunye... jangan silap ngorat Auntie Yatie sudahlah(yg pakai baju coklat) nanti kena belakang parang pok mat ( ore debe wilayah bachok). Yang lain bolehlah.. Pesanan untuk Auntie Tinie jangan tunggu lagi bila dah suka... suruh je si dia tu masuk meminang.. hihihi.

Adik pompuan mama sepatunya ada lima kesemuanya, tetapi seorang telah pergi meninggalkan kita ,menemui Allah terlebih dahulu... Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Auntie Ija semoga rohnya tenang dan aman disana.

List of My Uncle - Mama's Brother

Inilah muka- muka hensem uncle aku.... yang atas sekali tu uncle din diikuti uncle yan,uncle zu dan yang kanan sekali muka cam mawi tu.. uncle pi.. mereka semua adalah antara uncle yang terbaik didunia. Mereka semua lah tempat aku mengumpul duit2 raya dan tempat aku meminta untuk menambahkan koleksi permainan aku.... hihihi... aku sayang mereka semua!!!!

Khamis, 6 Ogos 2009

Kek birthday aku, bro niel dan babah.


MY BRO - NIEL

Anyer...... Niel.... itulah panggilan namanya...... namanya dalam sijil kelahiran panjang jugaklah MOHAMAD DANIAL HAIKAL dilahirkan di Dewan Bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada jam 11.22 malam tanggal 20 Jan 2001. (hampir sama ngan tarikh lahir aku - aku 22 Jan 2005) jadi kami celebrate birthday sekali lah! ngan babah sekali babah 24 Jan .... . terror x babah aku?.
Nama Niel ni babah yang pilih! Niel ni skang dah darjah 2. niel suka main basikal, main games, main bola dan tengok kartun. Niel ni ni kecik2 dulu aktif sangat! suka panjat sana... panjat sini... kalau mama beli mainan pagi... petang dah rosak .. babah bagitau... tapi tetap abang yang baik tiada galang gantinya, tempat aku melepaskan geram kalau aku dimarahi babah ataupun mama, tempat aku mengadu masalah dan banyak lagilah.. aku sayang bro aku ni... ok wassalam....

Rabu, 5 Ogos 2009

SERBA SEDIKIT TENTANG AKU

Ipan ...... semua orang panggil aku dengan nama itu. Ape? oooo nama betul aku ... panjang lah gok... MUHAMMAD HANIFF IRFAN... nama mama yang pilih.. sebab babah aku dah pilihkan nama untuk aku punye bro(Niel).
Lahir kat Bilik Bersalin Hospital Kemaman pada tanggal 22 Jan2005 pada jam 0530 pagi. lama jugak mama dok dalam bilik bersalin nak lahirkan aku ni. lebih kurang 3 jam jugaklah....
Aku anak ke-2 dalam keluarga. Babah... dulu kerja TLDM tapi dah berhenti tukar pekhidmatan tapi kerja kerajaan jugak lah... tapi kerja lebih kurang jugak kerjanya kat lautlah. Mama... dulu sebelum kahwin kerja lah! sekarang ni dah tak kerja.. dok rumah melayan kerenah aku ngan bro aku dan jaga makan pakai babah.
aku minat bola,tengok gusti,tengok kartun dan dan menyanyi.
Itulah serba sedikit tentang diri aku. Lagipun aku baru nak belajar nak buat blog ni. ok.