THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Jumaat, 7 Ogos 2009

Auntie aku - Adik-adik mama yang cun


Auntie Tinie, Auntie Yatie, Auntie Zurah dan Auntie Idah itulah namanya.
Mereka semua adalah antara tergolong dalam senarai auntie yang terbaik di alam semesta. Antara 4 adik2 mama ni 3 masih lagi belum berpunye... jangan silap ngorat Auntie Yatie sudahlah(yg pakai baju coklat) nanti kena belakang parang pok mat ( ore debe wilayah bachok). Yang lain bolehlah.. Pesanan untuk Auntie Tinie jangan tunggu lagi bila dah suka... suruh je si dia tu masuk meminang.. hihihi.

Adik pompuan mama sepatunya ada lima kesemuanya, tetapi seorang telah pergi meninggalkan kita ,menemui Allah terlebih dahulu... Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Auntie Ija semoga rohnya tenang dan aman disana.

List of My Uncle - Mama's Brother

Inilah muka- muka hensem uncle aku.... yang atas sekali tu uncle din diikuti uncle yan,uncle zu dan yang kanan sekali muka cam mawi tu.. uncle pi.. mereka semua adalah antara uncle yang terbaik didunia. Mereka semua lah tempat aku mengumpul duit2 raya dan tempat aku meminta untuk menambahkan koleksi permainan aku.... hihihi... aku sayang mereka semua!!!!

Khamis, 6 Ogos 2009

Kek birthday aku, bro niel dan babah.


MY BRO - NIEL

Anyer...... Niel.... itulah panggilan namanya...... namanya dalam sijil kelahiran panjang jugaklah MOHAMAD DANIAL HAIKAL dilahirkan di Dewan Bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada jam 11.22 malam tanggal 20 Jan 2001. (hampir sama ngan tarikh lahir aku - aku 22 Jan 2005) jadi kami celebrate birthday sekali lah! ngan babah sekali babah 24 Jan .... . terror x babah aku?.
Nama Niel ni babah yang pilih! Niel ni skang dah darjah 2. niel suka main basikal, main games, main bola dan tengok kartun. Niel ni ni kecik2 dulu aktif sangat! suka panjat sana... panjat sini... kalau mama beli mainan pagi... petang dah rosak .. babah bagitau... tapi tetap abang yang baik tiada galang gantinya, tempat aku melepaskan geram kalau aku dimarahi babah ataupun mama, tempat aku mengadu masalah dan banyak lagilah.. aku sayang bro aku ni... ok wassalam....

Rabu, 5 Ogos 2009

SERBA SEDIKIT TENTANG AKU

Ipan ...... semua orang panggil aku dengan nama itu. Ape? oooo nama betul aku ... panjang lah gok... MUHAMMAD HANIFF IRFAN... nama mama yang pilih.. sebab babah aku dah pilihkan nama untuk aku punye bro(Niel).
Lahir kat Bilik Bersalin Hospital Kemaman pada tanggal 22 Jan2005 pada jam 0530 pagi. lama jugak mama dok dalam bilik bersalin nak lahirkan aku ni. lebih kurang 3 jam jugaklah....
Aku anak ke-2 dalam keluarga. Babah... dulu kerja TLDM tapi dah berhenti tukar pekhidmatan tapi kerja kerajaan jugak lah... tapi kerja lebih kurang jugak kerjanya kat lautlah. Mama... dulu sebelum kahwin kerja lah! sekarang ni dah tak kerja.. dok rumah melayan kerenah aku ngan bro aku dan jaga makan pakai babah.
aku minat bola,tengok gusti,tengok kartun dan dan menyanyi.
Itulah serba sedikit tentang diri aku. Lagipun aku baru nak belajar nak buat blog ni. ok.

Selasa, 4 Ogos 2009

SALAM MUKADDIMAH UNTUK SEMUA

SELAMAT DATANG
KE
irfanniel.blogspot.com